Friday, February 11, 2011

donut tradisi...kihkhih

wahh,lame xupdate blog ngn resepi2 ak wat..x ni resepi donut lak.haishhh,teringat donut j.co..mmg thap bes r.smpan smpai esk pn lmbut lg.so,ak amek kptsn nk wt donut wlupn xse'best' jco tp ttp ummpphh!!cewah..haha..ok,sp2 nk wt take note..mmg simple mimple r..kihkih.

Bhn2:
1kg Tepung gandum
1 pkt Yis segera mauripan (11g)
2 cmb Susu pekat manis
1/2 cmt Garam
1/2 cwn Minyak masak
550g Air bertapis
Minyak masak untuk menggoreng tenggelam

Cara2:
1. Larutkan garam, susu kedalam air. Gunakan air
pada suhu bilik sahaja.
2. Gaulkan yis dan tepung gandum sehingga rata.
3. Masukkan minyak masak dan gaul ramas
sehingga sebati. Kalau boleh sehingga tiada lagi
butiran-butiran kasar. Lagi halus adunan, lagi
menariklah donut yang terhasil.
4. Masukkan cecair sekaligus dan gaul dahulu
menggunakan kelima-lima hujung jari sehingga
tiada lagi air bertakung.
5. Kemudian barulah diuli sehingga menjadi doh
yang sangat lembab dan melekit. Adunan akan
melekat di tangan. Jangan risau, kaut adunan
yang melekat ditangan menggunakan sudu.
6. Rehatkan adunan tanpa ditutup selama 15-20
minit. Tak perlu cuci tangan dulu.
7. Setelah direhatkan, uli semula 2 - 3 minit
sehingga tiada lagi adunan yang melekat di
tangan dan mangkuk adunan.
8. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
dengan berat 50g setiap satu. Boleh
menghasilkan kira-kira 34 biji donut.
9. Bulatkan setiap adunan tadi menjadi bebola
yang licin.
10. Leperkan sedikit bebola tadi lebih kurang setebal
1 - 1.5 cm dan tebuk lubang ditengahnya
mengunakan penutup botol atau alat yang
sesuai. Trim sedikit bentuknya supaya
bentuknya bulat dan tidak bersegi.
11. Biarkan donut mengembang di tempat yang
tertutup supaya adunan tidak kering lebih
kurang 1/2 - 1 jam. Tidak perlu terlalu lama
kerana ia akan mengembang lagi apabila
digoreng.
12. Goreng didalam minyak yang banyak dengan api
sederhana sehingga kuning keemasan
13. Tuskan sebelum digaulkan dalam gula castor
atau dihias sesuka hati anda sebelum dihidang

uli2 tepung..biaq 15-20min


kahkah...jgn gelak.hodoh tol bntuk bulat aku..

zoom in ckit..

biaq 30min da kmbang cmni..bley r msk

kembangnyer..

ni r hasil tgn ak yg xbrape cntek..
gebu...yummy2..
  slmat mncuba donat 'jco'...hehehe..

No comments: